JALAN JALAN TEMPAT BERSEJARAH

MAKAM MAHSURI

Makam mahsuri terletak tidak jauh dari bandar Kuah.Ia sebuah tempat yang paling bersejarah di Pulau Langkawi.Disekitar kawasan makam mahsuri ini terdapat sebuah perigi yang dikatakan itulah perigi yang digunakan oleh Mahsuri.Sejarah menceritakan bahawa Mahsuri telah dibunuh akibat difitnah.Hukuman yang diterima oleh Mahsuri akibat difitnah adalah hukuman sula.Penduduk kampung pada waktu itu sangat terkejut dan terkedu apabila Mahsuri disula, darah yang keluar dan terpancut dari badan beliau berwarna putih.Itulah serba sedikit sejarah tentang Mahsuri.Disekitar makam ini juga terdapat rumah peninggalan beliau,ada juga pementasan teater berkaitan kehidupan Mahsuri dan gerai gerai yang menjual makanan dan pakaian.Selain daripada itu, terdapat juga monumen monumen sejarah seperti batu batu pada kurun lepas yang disimpan dan dijaga rapi untuk tontonan umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan