MEREDAH SUNGAI KILIM LANGKAWI

SUNGAI KILIM YANG MENARIK UNTUK DILAWATI







Dengan menaiki bot beserta pemandunya sekali aku n family dapat bersiar siar meredah sungai kilim di Langkawi.Ianya salah satu tempat perlancongan yang menarik dimana kita akan dibawa ke gua kelawar,tempat memberi ikan makan(sangkar ikan), pergi memberi helang makan dan pusing pusing pulau yang berdekatan dengannya.seronok sangat.kami dibawa pusing pusing  dan melihat pelbagai jenis pulau yang ada di Pulau Langkawi ini.sebagai contah adalah pulau kasut.pulau ini berbentuk kasut.amat unik sekali dan memang terpegun tatkala melihatnya.kami juga diberi penerangan tentang cerita dan sejarah pulau pulau yang kami lawati.apabila kami sampai di tempat peliharaan ikan yang dipanggil sangkar ikan, kami diberi penerangan mengenai ikan yang terdapat disitu dan juga kami diberi peluang memberi sendiri ikan ikan tersebut makan.ikan yang terdapat disana seperti ikan pari,jenahak,kerapu dan banyak lagi.Digua kelawar pula kami  dibekalkan dengan lampu suluh oleh penjaga gua tersebut.ini bertujuan kami boleh melihat kelawar kelawar yang sedang tidur dan tahi tahi nya sekali.didalam gua itu juga sungguh gelap.itulah gunanya lampu tersebut.kami meniti jambatan kecil dari mula memasuki gua sehingga tamat.terdapat juga monyet berkeliaran disitu.permandangannya yang cantik dan terpelihaa dengan baik sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan