muffin pandan

muffin pandan ku...
kali ni buat muffin pandan la pulak. selain dari tempahan pelanggan. kami sekeluarga memang suke makan muffin terutamanya saye.. hihihi..
saye ajar ye bagi yang berminat nak buat :
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula halus
  • 100gm butter
  • 2 bji telur
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu teh baking powder
  • perisa pandan (kalau nak wangi lg sedap blend daun pandan dan ambil airnya)
  • pewarna hijau yg di benarkan
cara nak buatnyer pulak:
  • pukul gula dan telur sampai kembang
  • pas 2 masukkan butter dan pukul sampai gebu
  • pas 2 boleh la masukkan tepung, baking powder 
  • selepas itu pula masukkan susu, perisa pandan dan pewarna tadi..
  • gaul sampai sebati kesemuanya
  • pas 2 masukkan dlm cup dan bakar
  • kalau cup kecil memadai dgn 190 darjah selama 10 minit..
hah senang je kan nak buatnyer... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan