GUNUNG RAYA LANGKAWI



Gunung Raya Langkawi adalah salah satu tempat yang paling tinggi di kepulauan Langkawi.Ianya lebih 700meter dari aras laut..Dengan menaiki kereta sudah boleh sampai ke puncaknya.diatas sana ada disediakan sebuah penginapan dan juga cafe bagi pengunjung yang ingin bermalam.udaranya yang sejuk lagi berangin menambahkan  kesegaran dan ketenangan minda yang serabut.hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk sampai ke puncak.Yang menariknya, di bawah gunung raya ini terdapat sebuah taman rekreasi untuk pengunjung bermandi manda.dengan limpahan air sungai yang bersih lagi sejuk amat menyeronokkan.selain daripada itu juga pihak Bandaraya Langkawi menyediakan tangga yang dipanggil tangga seribu kenangan untuk sampai ke puncak gunung raya.2 jam diperlukan untuk menaiki tangga hingga ke puncaknya.pengunjung yang betul betul sihat dan bertenaga sahaja digalakkan mencuba menaiki tangga tersebut.kalau tidak separuh jalan saja lah....bagi sesiapa yang nak sejukkan diri dan nak larikan diri dari kepanasan dan kehangatan pulau boleh la berkunjung ke sini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan