PI CABLE CAR PULAK

                                                      CABLE CAR

Seronok naik cable car ni..Bila sampai tahap ketinggian tertentu, kita dapat rasakan udara yang sejuk, nyaman, tenang sangat.Tidaklah lama sangat untuk sampai ke puncak Gunung Mat Cincang ni.Disekitar kawasan cable car ni terdapat banyak kedai kedai jualan seperti restaurant, kedai menjual pelbagai pakaian , medan selera dan kiosk kiosk kecil di sepanjang perjalanan menuju ke kaunter tiker cable car.Selain daripada itu, terdapat juga ladang rusa dan arnab.Kita boleh memberi rusa dan arnab tersebut makan dan kemasukannya tidak dikenakan bayaran.Free aja.Best kan.Memang jinak binatang disitu.Bagi yang nak naik elephant pun ada tapi yang itu kena bayar.Ditengah tengah kawasan tersebut juga ada tasik yang mana didalamnya ada banyak ikan.cantik cantik lagi.Ada juga pameran ular sawa yang besar.Oh ya, bila ita diatas Gunung Mat Cincang, kita boleh melihat hampir keseluruhan Pulau Langkawi.Dengan lautnya yang terbentang luas lagi cantik,pembangunan yang sedang giat membangun dan panoramanya yang memukau mata setiap yang memandang.Oh my god!! ciptaannya...Bagi yang ingin menginap disini pun boleh.Ada hotel disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan