donation blood


aku dan anak anak teman kan hubby pergi derma darah di salah satu pusat beli belah di sini.ramai juga yang attend.terharu aku tengok para penderma.dibarisi dengan doktor doktor yang bertauliah, nurse yang cantik lagi sopan dan pembantu pembantu yang di import dari MRSM Langkawi.layanan mesra aku tengok.mula mula kene check tekanan darah, tahap kencing manis, ukur tinggi dan timbang dan cabutan nombor bertuah.kami hanya melihat sahaja.aku teringin jugak nak derma tapi belum kesampaian kerana masih ada takut takut.sekelip mata aku berpaling ke arah anak anak, darah hubby dah pun mencecah sepeket.mak aih... lajunyer kuar darah tu!!! aku tanya: x sakit ke? hubby jawab: kalau sakit x nak buat dah.ini merupakan kali yang ke 7 dia menderma.syabas dan tahniah dari aku dan anak anak.selang 2 hari hubby dapat call dari penganjur dema darah .dia kate hubby ada menang cabutan bertuah dan sila ambil hadiah di pejabat.kami pun bergegas siap dengan excitd nyer la nak ambil hadiah tu.sampai pejabat tersebut, bagi nama dan mereka pun bagi hadiah.hubby dapat hamper BESAR!!!. wow seronoknyer anak anak melihatnyer.derma darah pun dapat hadiah..ha ha ha.. lepas ni derma la darah lagi!! dah rezeki namanya...

KEBAIKAN DERMA DARAH :
  • badan menjadi lebih ringan,
  • dapat menhindari dari pelbagai penyakit
  • bagi yang ada darah tinggi lagi bagus menderma
  • badan terasa lebih sihat dan selesa 
  • boleh membantu sesiapa yang memerlukannya dan banyak lagilah
lepas ni boleh la aku mencubanya!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan