6 keping roti potong
2cawan air (untuk rendam roti supaya lembut)
2 bji telur
3 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar majerin
1 sudu teh asen vanilla
hah.. cara nak buat plak :
1- rendam roti dgn air
2- sementara roti tu di rendam, pukul telur, gula, majerin dan esen vanilla
sampai sebatinya../ sampai puas hati lah pukul nya
3- masukkan pulak susu pekat, pukul sampai sebati lagi
4- tuangkan bahan yg kita pukul tadi kedalam roti yg kita rendam tadi
5- gaulkan agak sebati/rata pada roti
6- tuangkan kesemuanya kedalam loyang yg dah di sapu majerin
(kalau boleh alas ngan kertas minyak dan sapu majerin sebab bila
nk keluarkan dari loyang tu nanti, elok / cantik rupanya)
7- bakar dengan suhu 200 darjah Celcius (guna api bawah ye)
TIPs: * kalau boleh guna loyang yg tinggi sebab roti tu akan
mengembang dan naik tinggi bila nak dekat masak.
kalau loyang nyer rendah, terkeluar roti tu nanti..
* sejukkan/suamkan dulu puding ni baru senang di potong dan
enak di makan
p/s: kami x buat sos nya sebab x suke.. suka makan ngan sos
coklat dan buahan je...
nyum..nyum.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan