LASAGNA

ni lah rupenyer lasagna yg dh siap

ni pulak lasagna yg belum di bakar
resepi LASAGNA :
step 1 :
1 kotak lasagna ( x guna semua pun dan byk lebih)
1 botol sos spegetti (perasa apa2 pun boleh, saya guna mushroom n green peper PREGIO)
400gm daging/ayam cincang (saya guna Ramly Burger punya)
1 batang carrot
1 bji bawang besar
4 bji bawang putih
secubit garam
sedikit lada sulah (white pepper)


cara masaknya: (inti daging/ayam
1 -tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau.. wangi je ...
2- pas tu masukkan carrot,masak skejap..
3- masukkan pulak daging/ayam cincang(cincang2 dia sampai masak)
4- masukkan pulak sos spegetti tadi
5- masukkan sedikit garam dan lada sulah (agak2 je macam selalu masak tu...)
6- masak jgn terlalu kering ya.. biar berkuah sikit (air daging/ayam tadi) kerana air daging/ayam tu
    yang akan melembutkan lasagna


step 2 :
1 blok (250g) cheddar cheese ( beli yg blok murah sikit, sagat sendiri kat umah bagi halus)
2 sudu besar tepung (tepung gandum je)
2 sudu besar butter (majerin pun boleh)
2 cawan susu segar
secubit garam


cara masaknya sos keju :
1- panaskan periuk api sederhana
2- masukkan butter kacau sehingga cair
3- masukkan masukkan pula tepung,perlahankan api, kacau sampai rata, tutup api
4- masukkan susu segar dan secubit garam, kacau sampai sebati
5- hidupkan semula api sederhana, masukkan 2 sudu besar cheese yang dah di sagat/
    parut tadi. 
    kacau sampai agak2 likat/pekat (jgn likat sangat sebab sos akan bertambah pekat 
    bila semakin sejuk.)


proses buat lasagna:


1- guna loyang/aluminium foil/atau2 apa yg boleh di masuk dlm oven
2- lapis nipis inti daging/ayam bagi rata
3- lapis nipis sos keju di atas inti daging
4- letak sekeping lasagna diatas sos keju tadi
5- ulang melapis sehingga 3 lapisan lasagna
6- lapisan sos keju yg terakhir, taburkan cheddar cheese yang di sagat tadi 
    sehingga menutupi semua bahagian (kiranya dilimpahi keju la ni)
7- bakar pada suhu 180 darjah cecius pada api bawah selama 35-40 minit 
   (sehingga taburan keju mencair sepenuhnya.)
8- lepas keluarkan dari oven taburkan black pepper( kalau suka) dan sos dan juga mayonis..


WAHHH..SEDAPNYER...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan