APA KU RASA

aku tak tahu apa yang aku rasa hari ni.aku pun tak tahu kenapa aku berasa begini.hati aku tak tenteram,amarah,pening kepala pun ada ditambah lagi dengan kerenah anak anak, fikiran yang berserabut dan rasa badan yang tak sihat sangat.emosional pun ada.aku mula ingat dan sentiasa terkenang kembali hati aku yang pernah dilukai,disakiti dan macam macam lah.Gurisan dan luka yang dah terpahat kat hati memang susah nak dipadamkan dan dihilangkan dari fikiran.memang tak boleh kot.aku cuba sedaya upaya untuk hilangkan dan ubat remuk hatiku ini tapi tetap tak berjaya.ianya sering kali datang dalam kotak fikiran aku.aku lemas dengan keadaan begini.lemasnye lah!!luka di hati memang tiada ubat!dilukai oleh keluarga sendiri,kawan kawan.Ini dugaan kat aku agaknye.ataupun aku ni terlalu penyabar orangnye dan terlalu pemaaf.kawan sekelas ku ada berpesan jangan jadi terlalu pemaaf nanti orang pijak kepala kau.aku rase ada betulnye..kadang kadang takut nak teruskan hidup ni kalau perkara perkara yang telah berlaku berulang tapi tak boleh.hidup mesti diteruskan.aku hanya mampu berdoa agar benda benda yang tak elok dijauhkan daripada diriku ini.kadang kadang tu sampai sesak nafasku dibuatnya..dah la aku jauh dari keluarga, kawan kawan rapatku, cuma alam maya je yang menghubungkan kami.tiada tempat mengadu hanya pada tuhan sajalah tempatnya.ada masanya aku terlalu sedih mengapa aku memilih jalan hidup ini sedangkan sebelumnya aku mempunyai pilihan yang lebih baik dari sekarang.tapi nasi dah menjadi bubur dan aku perlu  terima dengan redha keadaan sekarang ini dan wajib di teruskan.itu aku tahu kerana bukan aku boleh putarkan masa pun.aku kan cuba buat hidupku bertambah kepada kebaikan,keharmonian demi anak anak dan keluarga.aku  patut bersyukur kerana aku masih berpijak dibumi yang nyata dan aku juga perlu bersyukur diatas segala kurniaanNYA.Oh tuhan kau kuatkanlah diriku ini untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan