IKHLAS BEKERJA

baru baru ni aku ada terbaca satu majalah berkenaan bekerja bukan kerana duit tetapi bekerjalah kerana minat, ikhlas dan allah.aku sangat setuju.aku setuju kerana kalau kita bekerja kerana duit , kita akan berkira.contohnya kita tidak akan membuat kerja lebih atau menolong kerja kawan kerana kita tidak dibayar oleh itu tetapi kalau kita bekerja kerana minat, apa sahaja pertolongan mahupun kerja lebih masa kita tidak akan berkira.secara tidak langsung orang akan suka terutama BOS dan rakan rakan yang lain.Kita juga lebih fleksibel dan mendapat lebih pengetahuan daripada kerja kerja yang kita lakukan.Bukan untuk membodek atau mengampu tetapi kerana minat dan ikhlas.Percayalah oleh kerana minat dan ikhlas melakukan kerja, nescaya duit itu akan bertambah seperti kenaikan gaji, bonus yang lebih, sokongan pihak atasan kerana kita tidak berkira dan akan banyak lagi sebab sebabnya.Bayangkan kalau kita berkira dan hanya melakukan kerja kerana duit, kita tidak akan kemana kerana kita hanya melakukan kerja kita sahaja.ilmu semakin hari tidak bertambah dan kita juga tidak inovatif.So ikhlas la dalam bekerja dan melakukannya kerana allah bukan kerana DUIT!! Percayalah kerana saya telah mencubanya dan rakan yang lain cemburu akan kenaikan gaji saya, bonus yang saya perolehi dan layanan keatas saya.rakan rakan kerja yang lain membuat aduan kepada bos yang mana ianya tidak adil.nak tahu apa bos cakap? KAMU SEMUA KERJA KERANA DUIT.ITU SEBAB KAMU BERKIRA.I TAK BAGI GAJI LEBIH, KAMU TAK MAHU BUAT TETAPI DIA LAIN, TIDAK BERKIRA ATAU MERUNGUT TENTANG KERJA YANG SAYA BAGI WALAUPUN ITU BUKAN KERJA DIA.MENGAPA SAYA HARUS SAMAKAN ANDA SEMUA DENGAN DIA?semua staff terdiam dan mengiakan sahaja.itulah padah kalau kerja kerana duit dan tidak ikhlas!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan