CAMERON HIGHLAND
masa untuk aku dan sekeluarga cuti cuti malaysia.1st location is Cameron Highland.kami menginap di hotel Rossa Pasadena.ianya mudah kerana terletak ditengah tengah bandar.hari pertama kami tiba,cuaca tidaklah begitu baik tetapi ianya juga tidaklah menghilangkan mood kami untuk melancong.kami melawat ladang teh.sungguh indah permandangannya,tenang,menakjubkan,segar dan nyaman sekali.kami juga melawat taman strawberry yang mana jikalau berkunjung kesini,taman dan ladang strawberry adalah tempat yang wajib untuk dilawati.melihat sayur sayur yang hijau,segar dan berkualiti dan strawberry yang cantik membuatkan kami sekeluarga bertambah seronok.kami juga merasa sendiri dessert yang fresh seperti cocktail,aiskrim dan salad yang terdapat didalam taman tersebut.sungguh enak.disini juga terdapat pelbagai jenis bunga seperti kaktus,tulip,ros dan pelbagai lagi.di taman ini juga para pengunjung dibenarkan mengutip strawberry yang mana pada akhirnya hasil kutipan itu harus ditimbang dan dibayar.RM40/kg.kami juga tak melepaskan peluang membeli belah di kedai eksesori yang terdapat disana.sebenarnya disetiap tempat yang kita lawati,mesti ada menjual eksesori yang sama.hujan semakin lebat dan kami terus balik ke hotel.makan malam pun di restaurant hotel.kami mencuba steamboat yang disediakan.mmmmmmmm sungguh enak sekali.memang berpuas hati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan