CUTI CUTI MALAYSIA

CAMERON HIGHLAND (2nd day)




hari ni cuaca sangat baik.cerah, dingin dan menyegarkan.kami ambil peluang untuk habiskan semua tempat yang belum kami lawati.kami pegi ke kea farm dimana inilah tempat menjual sayur sayur segar yang baru dikutip dari ladang.ianya dijual dengan harga yang murah.selepas itu kami pergi pula ke taman bunga.disini terdapat banyak jenis bunga dan kaktus.cantik cantik sangat.habis ditaman bunga kami menyusur pula ke taman rama rama.disini terdapat pelbagai jenis rama rama.di dalam taman ini bukan sahaja terdapat rama rama malah binatang lain seperti rabbit,kumbang,ular,frogs,tupai dan juga ikan..habis disini kami pergi pula kemuzium.inilah tempat yang mana kita semua patut lawati kerana ianya mengimbas kembali sejarah dan kenangan lama kita.didalam mizium ini terdapat pelbagai khazanah lama baik dari segi pengangkutan sehinggalah peralatan dapur.sangat seronok.ia juga ada menceritakan kedatangan penjajah dan bangsa asing yang terawal menduduki tanah cameron.jalan lepaskan peluang untuk melawat mizium ini kerana anda tidak rugi malah pengetahuan akan bertambah seperti kami sekeluarga.aku sekeluarga berpuas hati sangat melawat tanah cameron highland ini.anak anak pun turut seronok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan