http://citarasadiri.blogspot.com. by DILAH HAFEZ. emel : dlamanja@yahoo.com.
PENANG TIME
bercuti ke Penang sememangnya menyeronokkan aku , hubby dan anak anak.kami enjoy kerana banyak tempat yang boleh kami lawati.Penang Hill,Pagoda,Batu Feringgi,Toys Muzeum, dan banyak lagi lah.kami bawa anak anak pergi ke toys museum.mereka sungguh seronok.banyak kartun kartun pujaan diorang ada dipamerkan disitu.boneka boneka yang direka khas menambahkan lagi keterujaan anak anak kami.aku difahamkan, muzium ini adalah muzium patung yang terbesar di asia.hanya dikenakan bayaran RM10 untuk dewasa sahaja.Penang Hill pula sungguh nyaman udaranya.di atas, ada beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman juga pakaian dan eksesori.yang membuat aku terkejut adalah, di atas bukit ini terdapat hotel, balai polis,pejabat pos dan juga klinik.aku menyewa sebuah baggi untuk kami meronda seluruh kawasan bukit.terdapat beberapa rumah orang berada(kaya),taman burung dan juga pusat riadah(jambatan gantung).yang seronok bagi aku dan anak anak lagi adalah shopping.... di Penang ada sebuah shopping complex yang agak luas dan besar dan dikatakan shopping complex terbesar di Penang.Ia adalah Queensbay.Di Penang juga kita boleh menikmati pemandangan laut dari atas jambatan Pulau Pinang.Ia merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan jambatan ke-3 terpanjang didunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan